Bab 2
Isi ikan dan daging di pinggannya sengaja diberikan kepada Nazira. Nazira yang sedang terkulat-kulat makan, menoleh kepada Zulaikha.
"Kau tak makan ke semua ni? Kau geli eh?" tanya Nazira sambil wajahnya berkerut. Mereka berdua saja duduk di atas batang pokok yang sudah jatuh menyembah bumi. Yang lain, lebih selesa duduk berdekatan unggun api. Panaskan badan.
"Eh, taklah, I okey saja. Tapi, you kena makan banyak sikit. Tambah tenaga, baru cepat sihat," balas Zulaikha sambil menyuap nasi kosong bersama sedikit kuah kurma paket Brahim's ke dalam mulut.
"Sejujurnya, kau tak selera makan masakan hutan ni kan?" Masih tak puas hati. Yalah, macam yang lain sangka, kumpulan diva ni tak boleh dan tak reti nak survive dalam hutan.
Masuk hutan pun masih bercantik-cantik. Tak ada pakai mekap bagai, tapi tak nampak macam nak masuk hutan.
"You nak I cakap jujur ke?" Zulaikha menoleh ke sebelahnya.
"Yup!"
"I rasa lauk tak cukup untuk semua orang. I think, bahagian I lebih diperlukan oleh you. I kesian kalau nanti ada yang tak dapat makan. You pula kena tambah tenaga untuk sihat." Jujur dan polos jawapan Zulaikha. Memang tadi masa dia tolong memasak, dia perasan portion lauk macam tak cukup untuk semua, malah banyak yang terpaksa dibahagi kecil-kecil. Macam Abang Faiz cakap, dalam hutan ni bukan nak makan sampai kenyang, tapi sekadar cukup untuk alas perut.
"Kat dalam hutan ni, kadang-kadang kita kena pentingkan diri sendiri, Zula..."
"What do you mean?"
"Kalau nak survive dalam hutan, kita kena pentingkan diri sendiri. Dalam waktu susah, kau akan nampak kawan kau tu siapa. Jadi, kalau nak selamat, pentingkan diri sendiri dulu," pesan Nazira membuatkan Zulaikha sedikit berfikir.
"I can't. Zira, you makanlah. Nanti sejuk, lagi tak lalu nak makan. You kena sihat tau esok. Kalau tak, kita semua tak boleh naik puncak. I nak naik puncak tau, kalau tak, rasa rugi tau I ikut!" Sambil ketawa kecil. Nasi di pinggan dihabiskan cepat, dan dia berlalu pergi. Buang pinggan kertas ke dalam plastik sampah hitam, memasang head lamp di kepala dan turun ke gigi air mencuci tangan dan menggosok gigi.
"You tak sejuk ke Zula? I ni rasa nak beku dah tau!" rungut Tina sambil giginya sudah berlaga-laga. Menggigil.
"That's why I pakai dua lapis," balas Zulaikha.
"Minta baliklah sweater you tu kat Zira. Dia nampak macam dah okey sikit saja." Pia mencelah dalam bisiknya.
"I okey lagilah. Biarlah dia guna dulu. Dia lagi perlukan sweater tu buat masa sekarang."
"Kalau macam tu, mari ramai-ramai kita peluk Zula," cadang Elly. Serentak itu Tina, Pia, Elly dan Juli memeluk erat Zulaikha. Mereka ketawa mesra.
"Kalau awak nak ambil gambar cantik, awak boleh pergi bawah sikit. Kat situ kalau clear boleh nampak view Selangor." Aisyah menyapa dari belakang. Zulaikha menoleh dengan mata yang penuh bercahaya. Dia memang gila mengambil gambar. Olympus OM-D E-M1 itu memang tak pernah berenggang dari tangannya.
"Really?" Keterujaannya melebihi rasa pelik, kenapa Aisyah tiba-tiba baik pula sekarang ni. Mungkin semalam dia senggugut kot.
"Yeah!" balas Aisyah dan mengangguk laju.
"Thanks." Tersenyum lebar dan terus sahaja berlalu ke arah yang dimaksudkan Aisyah. Dan Aisyah tersenyum sinis.
Jam Suunto Spartan Ultra Stealth Titanium ditilik sekilas. Nombor digital menunjukkan angka 12:45pm. Luqman bangun dari duduknya, mengibas seluar hiking berwarna Khaki. Dia menepuk tangan meminta perhatian.
"Guys, berkumpul!" panggil Luqman. Semua yang sedang duduk melunjurkan kaki sambil makan kudapan, terus sahaja berkumpul di hadapan Luqman.
"Kita akan bertolak turun sekarang. Kau orang semua dah ready? Cuaca macam agak mendung. So, siapa yang ada poncho, boleh saja letak dalam poket. Senang nak capai nanti," pesan Luqman.
"Eh, Zula mana?" Satu suara berbisik, menarik perhatian Luqman. Sampai ke telinganya. Memang dia peka dengan keadaan sekeliling.
"Tak cukup orang ke?" tanya Faiz sambil menoleh ke belakang. Matanya lebih terarah ke 'kawanan' diva, sebab rasanya dia dengar tadi nama Zula yang disebut.
"Err... tadi dia ada dekat-dekat sini saja. Snapping pictures," jawab Pia takut-takut. Sebab renungan tajam Luqman memang membuatkan dia kecut perut. Renungan yang bagai mahu menerkam mangsa.
"Nilah masalahnya kalau tak nak dengar arahan. Menyusahkan betul!" Suara Luqman meninggi. Semua terdiam. Ada yang menguis-nguis tanah yang lembab.
"I told you already right, dia orang ni tinggal aje kat Lolo tadi. Ni sekarang, dah buang masa tau. Kalau hujan, kita semua boleh mati kesejukan kalau stuck!" Aisyah menambah minyak pada kemarahan Luqman. Sengaja!
"Kau orang diva-diva ni takkan tak tahu mana Diva Zulaikha tu pergi?" soal Muaz pula.
"Errr... Tadi dia memang ada kat sini, tak perasan pula bila dia hilang..." Gagap-gagap Tina menjawab. Yang lain sudah menunduk. Jujurnya memang tak perasan sejak bila Zulaikha hilang.
"Kita tunggu lagi 10 minit. Kalau tak ada juga, kita turun saja," putus Luqman.
"Tapi, takkan nak tinggal Zula macam tu saja?" Laju sahaja bibir Pia bersuara.
"Lantak dialah, siapa suruh tak dengar arahan! She deserves it! Biar belajar sikit apa itu mendengar arahan!" balas Aisyah kasar. Jelingan penuh tajam diberikan buat Pia.
"Tapi, tu bukan cara yang terbaik, kan?" jawab Elly pula. Jelas dia tidak berpuas hati dengan Aisyah. Rasa macam nak ketuk sahaja perempuan yang eksyen sangat tu!
"Kalau macam tu, kau orang pergilah cari kawan kau orang tu. Entah-entah dah kena baham dengan harimau!" Syikin mencelah.
"Syikin, watch your mouth!" Faiz mula bersuara. Dalam hutan ni, lebih baik diam kalau bercakap tu boleh memudaratkan. Syikin mencebik tak puas hati.
Setitis, dua titis, tiga titis air mula jatuh di atas tangan Luqman. Dia menoleh memandang Faiz dan Muaz. Wajah mereka nampak sedikit gelisah. Lalu mereka berbincang sesama sendiri.
"Okey guys. Semua ikut Muaz dan Aisyah turun ke Lolo dulu. Kalau nak tunggu ni, takut kita semua sangkut nanti. Saya dan Faiz akan menyusul lepas jumpa Zulaikha."
"Saya nak ikut awak, Luq!" Cepat-cepat Aisyah bersuara. Dia lebih suka berada dekat dengan Luqman.
"No Aisyah, you need to lead them. Aku harapkan kau dan amanahkan kau," balas Luqman laju. Aisyah menghela nafas kasar.
"Better kau orang gerak sekarang. Nampak gayanya macam bertambah kapasiti air ni," ujar Faiz sambil menadah tangan. Betul, rintik hujan semakin bertambah.
"Kau orang tunggu apa lagi, cepatlah! Jangan jalan macam diva sangat!" marah Aisyah yang lebih ditujukan buat Elly, Tina, Pia dan Juli.
"Boleh tak kalau kami turun sekali dengan Zula?" Takut-takut Pia bersura sambil memandang wajah Luqman meminta belas. Luqman merenung tajam tanda tidak suka dengan apa yang didengarinya.
"Pilih, aku atau kau yang nak cari dia?" Soalan serius bersama renungan itu menandakan yang mereka memang wajib ikut turun tanpa alasan lagi. Wajah masing-masing sedikit hampa.
JAM G-Shock Rangeman sudah berbunyi lagi. Kali ini sudah tepat masuk jam ke tiga dia terkandas. Hujan masih tidak mahu berhenti, dan dia sendiri sudah letih. Mahu sahaja dia menangis, tapi dia tahu menangis pada waktu sekarang bukan akan menyelesaikan masalahnya.
Dia membongkok, menahan badan dengan tangan yang diletak di atas lutut. Dia sangat letih. Air hujan turun dari lekuk dagunya. Dia sendiri sudah basah kuyup. Dia fikir kalau dia ikut dua orang asli tadi, mungkin akan membawanya ke puncak, namun silap. Dia semakin jauh dan dua orang asli itu tiba-tiba menghilang. Tanpa jejak. Sudahlah pertanyaannya tidak berjawab. Bulu romanya meremang secara tiba-tiba. Rasa diperhatikan. Cepat-cepat dia berdiri tegak. Matanya melilau-lilau mencari kelibat.
"Siapa tu?" Dia bertanya dalam takut-takut. Dia berharap soalan itu tidak akan dibalas. Dia rasa ada sesuatu yang melintas laju di belakangnya. Dia menoleh ke belakang, kosong, tiada apa. Dia memusingkan kembali wajahnya. Jantungnya bagai berhenti berdegup. Bibirnya terkunci rapat. Wajahnya kini pucat dan jika ditoreh pisau pun mungkin tiada darah yang mengalir. Dua orang asli tadi yang dijumpainya kini berlumuran darah, benar-benar di hadapannya. Otaknya tidak sempat mencerna sama ada itu realiti atau perasaannya sahaja. Dia berundur setapak, dua tapak, tiga tapak, dan terus berlari laju tanpa arah.
"Arghhh!" Dia menjerit kuat sebelum menutup mata. Reda untuk apa sahaja yang akan terjadi. Tubuhnya berguling-guling menuruni cerun. Dia tidak tahu apa yang bakal jadi pada tubuhnya, cuma dia berharap, dia akan mati dengan tubuh yang masih sempurna. Tangannya cuba mencapai apa sahaja yang mampu hingga gulingannya terhenti bila tubuhnya terhantuk kuat pada akar banir sebatang pohon yang sangat besar.
"Aduh!" Dia merintih sakit. Kali ini, dia benar-benar menangis. Merengkok memeluk tubuhnya. Antara sakit, takut dan berbagai-bagai lagi rasa. Kakinya berdarah banyak. Dia menyelak kaki seluarnya dalam ketar, ada kayu yang menusuk ke dalam isi betisnya.
"Argghhhhh!" Dia menjerit kuat saat tangannya menarik keluar kayu yang sudah berlumuran darah merah pekat.
Luqman dan Faiz berlari cemas, demi terdengarkan jeritan kuat suara wanita. Mereka sangat pasti itu adalah Zulaikha. Rasa cemas yang bukan main-main lagi. Entah berapa banyak doa yang mereka pohonkan dalam hati. Paling berharap gadis itu dalam keadaan selamat. Masih hidup.
"Zulaikha! Zulaikha!" jerit Luqman dan Faiz berganti-ganti.
"Sini... Sini!" Sebaik sahaja mendengar namanya diseru, antara kuat dengan tidak sahaja dia menjawab. Rasa lega yang amat. Air mata dihapuskan. Luka di kaki disembunyikan. Dia tak mahu orang lain risau, dan yang paling dia tak mahu, dia akan dimarah. Kaki seluar diturunkan. Mujur dia memakai seluar hitam, taklah nampak darah yang meleleh-leleh.
Dia memaksa bibirnya untuk mengukir senyum dalam gigil, walaupun berbagai rasa yang dia alami sekarang. Hujan masih lagi terus membasahi dirinya. Sekaligus menutup air matanya yang tumpah juga ke pipi. Paling tidak, kini dia tahu dia tak bersendiri. Namun bila terpandangkan wajah garang Luqman, dia rasa alangkah baiknya dia pengsan sekarang. Lelaki itu menggelongsor turun bukit untuk mendekatinya dan matanya seperti ingin menerkam mangsa.
"Kau ni dah kenapa hah Zulaikha?!" Suara itu bagaikan halilintar membelah langit. Serentak tubuhnya rasa terangkat. Ya benar, sebab kolar bajunya dicengkam kuat tangan kanan Luqman.
"Kalau kau lelaki, dah lama aku bagi penumbuk supaya kau tahu nak dengar arahan!" marah benar lelaki itu. Rahang Luqman jelas diketap kuat. Jelas, kerana jarak wajah mereka hanya beberapa inci. Jelas juga pada mata Luqman yang wajah gadis itu ada luka-luka kecil dan berdarah. Tapi, belum ada simpati yang mengetuk hatinya, yang ada cuma rasa marah yang membuak-buak. Zulaikha menelan liur. Dia nampak tangan kiri lelaki itu sudah mengepalkan buku limanya. Dia rasa memang dia patut dapat 'hadiah' dari lelaki itu.
"Sabar Luq, sekarang ni dah cukup syukur dapat jumpa balik Zula. Tahan sikit marah kau. Nanti boleh marah, bila kita dah selamat turun. Sekarang ni, kena turun dulu. Kalau tak, boleh mati sejuk kita kat sini." Faiz cuba mengingatkan Luqman yang memang dia dah cukup kenal sebagai lelaki yang pemarah jika orang tak mendengar arahannya. Zulaikha hampir jatuh bila tubuhnya dilepaskan kasar. Mujur sahaja dia masih boleh berdiri dengan baik. Sepatah perkataan pun dia tak mampu lafazkan. Bibirnya lebih sibuk menahan gigil, takut dan sakit.
"Are you okay, Zula?" tanya Faiz. Cepat-cepat Zulaikha mengangguk. Kalau tengok dengan mata kasar, macam okey, cuma baju dan seluarnya yang kotor dan comot. Sahlah yang minah ni terjatuh. Mujurlah tak ada apa-apa... Lega rasanya hati Faiz.
"Kalau okey, kita gerak sekaranglah ya?" balas Faiz. Lelaki itu mulakan langkah sedangkan Luqman masih merenungnya bagaikan mahu menelannya. Zulaikha menelan liur. Dia ada sebab untuk menjarakkan diri dengan lelaki itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen4U.Com