Bab 3
"Awak pergi mana yang sebenarnya tadi Zula?" Faiz bersuara saat mereka berehat seketika. Hujan pun sudah berhenti. Namun suasana hutan sedikit gelap. Sudah benar-benar petang. Luqman sudah mengenakan headlamp. Bersedia jika hari semakin gelap. Bunyi haiwan-haiwan hutan nokturnal semakin galak melatari suasana.
"I pergi turun bawah, ambil gambar." Bersyukur juga kamera kesayangannya itu tidak hancur berderai.
"Awak tahu tak, bahaya dalam hutan ni bergerak sorang diri kalau tak tahu jalan?" Faiz masih lagi dengan soalannya. Namun suaranya tidaklah kasar seperti Luqman.
"Kalau I tahu, I tak pergi sorang. Lagipun, Kak Aisyah yang cakap kat bawah tu view cantik. I pergi sajalah. Kalau I tahu I akan lost, I takkan pergi pun. I minta maaf susahkan semua orang..." Dia menunduk tanda benar-benar rasa bersalah. Mata Faiz dan Luqman saling bertentangan bila nama Aisyah meniti di bibir gadis yang nampaknya seperti bercakap benar.
"Kita gerak sekarang. Nanti makin gelap." Tegas sahaja Luqman bersuara. Lelaki itu bangun tanpa memandang sedikit pun wajah Zulaikha. Entah kenapa, marahnya masih berbaki. Dia pasti akan hamburkan nanti!
"Awak injured, Zula? Kenapa awak tak bagi tahu tadi?" Faiz nampak kelam-kabut demi terpandangkan tali kasut dan stoking Zula yang berwarna putih berubah merah.
"Err, sikit saja Abang Faiz. Lagi pun, dah sampai pun. Nanti I rawat sendiri. Cuma, ada first aid tak?" Takut-takut Zulaikha menjawab. Namun, nafasnya hampir sahaja terhenti bila Luqman cepat sahaja mencapai kakinya dan menarik kaki seluarnya ke atas. Serentak itu tindakan refleksnya menarik kakinya semula. Patutnya memang Luqman perasan sebab lelaki itu di belakangnya sewaktu mereka menuruni puncak. Tapi, sekarang ni apa hak lelaki tu nak buat sesuka hati?
"Jangan nak tunjuk berlagak sangat Zulaikha! Kau nak susahkan lagi semua orang ke kalau esok kau tak boleh nak jalan hah?!" Suara tinggi Luqman membuatkan mereka yang duduk dalam khemah terus sahaja keluar.
"Zula! Thank God! You are safe!" Pia bersuara sambil berlari meluru memeluk Zulaikha yang sudah pucat wajahnya.
"Sofia, sekarang bukan masa nak berdrama kat sini, okey. Sekarang ni ambilkan aku air bersih untuk rawat luka Diva Zulaikha ni," sengaja dia menekankan ayat diva itu. Elly, Juli, dan Tina terkulat-kulat bila Pia kena sound dengan Luqman. Mereka hanya mendekati Zulaikha dengan rasa syukur yang menggunung tinggi.
"Macam ni kau kata sikit?!" Masih dalam nada tinggi. Zulaikha menggigit bibir. Darah merah masih lagi mengalir segar. Memang lukanya itu agak dalam.
"Baring!" arah Luqman serius.
"Eh, tak apa... I boleh buat sendiri. I pinjam saja first aid ni." Sungguh dia tidak betah diperlakukan begitu. Dahlah, suka-suka lelaki tu angkat kaki seluarnya ke atas, sekarang ni suruh baring pula. Apa yang lelaki itu cuba nak buat?
"Jangan nak degil Zulaikha!" Suara yang macam halilintar itu membuatkan bahunya terangkat sedikit. Matanya cuba meraih simpati Faiz yang ada berhampirannya. Faiz hanya menjongket bahu, tanda dia pun tak dapat nak tolong. Perlahan Zulaikha baring di atas kanvas yang sedikit basah. Tangannya mencapai tangan Pia yang sedang memegang air.
"Relax Zula. I am here with you, okay..." Pia cuba memberi sedikit kekuatan buat Zulaikha yang nyata pucat macam nak nangis. Tangan kirinya menutup mata. Menahan rasa sakit dan ngilu. Kaki Zulaikha diletakkan di atas beg Deuter biru milik Luqman. Kasut dan stokinnya yang sudah basah dengan darah ditanggalkan Luqman. Lelaki itu nampak seperti terlatih.
"Air." Tangan dihulurkan ke arah Pia tanpa memandang wajah itu. Air bertukar tangan.
"Auchhh..." Terasa sedikit pedih bila air terkena lukanya. Hampir sahaja dia menarik kakinya kembali. Namun, demi terpandangkan renungan tajam mata Luqman, dia terpaksa reda.
"Jangan gedik sangat boleh? Tadi dah puas sangat melancong, sekarang ni baru nak tahu rasa sakit?" Nah, bahasa yang sedikit tajam tu kini lebih menyakitkan hatinya. Mahu sahaja dia bagi kakinya di wajah yang tanpa senyuman itu. Tak sampai 10 minit rasanya, kakinya siap berbalut. Lelaki kerek itu cepat sahaja berlalu tanpa kata apa-apa. Namun Zulaikha dapat menangkap jelingan maut lelaki itu. Gulp! Zulaikha bangun dari baringnya, Faiz pula mengambil alih menyusun kembali peralatan dan ubatan dalam peti kecemasan.
"Err, Abang Faiz, I nak pinjam first aid tu dulu, boleh?"
"Ada tempat lain yang cedera ke Zula?" Faiz berkerut. Risau juga, sebab sewaktu dia dan Luqman jumpa Zulaikha, gadis itu nampak sangat comot dengan warna tanah dan luka-luka. Tapi, tadi dia ingatkan tak ada apa yang serius. Tak sangka juga Zulaikha bijak mengawal diri dalam suasana genting macam tadi tu.
"Melecet sikit-sikit ni, tak ada teruk sangat." Sambil dia menunjukkan luka di lengan dan wajahnya bagi meyakinkan lelaki yang berkulit sawo matang itu.
"Okey, nanti pulang kat abang balik ya. Jangan lupa tutup luka tu dengan plaster, takut kuman," peti pertolongan cemas itu dihulurkan ke Zulaikha.
"Thanks and sorry Abang Faiz," ucap Zulaikha. Suaranya nyata kendur dan bergetar.
"What for?" Faiz yang baru sahaja ingin bangun dan berlalu, terus sahaja kembali ke posisi melutut.
"Thanks sebab selamatkan I. I hopeless sangat tadi. Tak tahu nak pergi mana dan nak buat apa. Sorry, sebab susahkan semua orang dengan sikap I ni," semakin perlahan suara Zulaikha. Ada rasa sebak yang bertandang dalam hati. Mungkin hal tadi masih menganggu fikirannya.
"Tak ada apalah Zula. Memang tanggungjawab abang untuk selamatkan Zula. After this, jangan buat lagi hal yang sama okey." Faiz cuba mengukir senyum. Simpati juga dia dengan Zulaikha yang dalam keadaan macam tu.
"No more after this!" Suara yang datang tiba-tiba itu sungguh menyentak tangkai hati Zulaikha. Luqman datang sambil menghulurkan secawan air panas kepada Zulaikha.
"Aku harap aku tak akan jumpa muka kau after this. Paling tidak sampai aku grad. Lepas tu kalau kau nak join ARC ni, lantak kau." Mendatar tapi kasar. Zulaikha tidak menyambut huluran Luqman, sebaliknya dia bersusah payah bangun. Mencapai kasutnya, peti pertolongan cemas dan berlalu tanpa kata. Terasa hati!
"Banyaknya luka kat badan you ni. You pergi mana yang sebenarnya?" soal Tina sambil lap belakang badan Zulaikha dengan kain basah. Kalau ikutkan rasa tidak selesa, mahu sahaja dia terjun ke dalam air. Tapi memandangkan hari sudah gelap, dia membatalkan sahaja niat tu.
"I terjatuh tadi. Tapi tak teruk sangat kan?" Sungguhlah dia tak nampak. Cuma terasa sedikit pedih saja.
"Luka melecet macam kat perut you tulah. Teruk ke you jatuh ni Zula?" Masih tak mahu berhenti bertanya.
"You rasa?" Zulaikha menggigit bibir menahan pedih. Dagunya ditopangkan di atas lutut dan matanya dipejamkan. Menahan rasa sakit.
"Kalau tengok kondisi kaki you, macam teruk. You buat apa sebenarnya Zula? Ambil gambar ke atau you nak jadi pengacara rancangan discovery dengan memburu haiwan kat hutan?" Soalan Tina membuatkan Zulaikha sedikit tersenyum. Namun senyuman dia mati bila teringatkan hal siang tadi. Hal yang menakutkan. Dia harap matanya menipu pasal dua orang asli tu.
"Tina, Zula, dia orang panggil makan dah!" Elly bersuara sambil menyingkap tirai khemah.
"Okey, kejap lagi kami datang. Sikit lagi ni," balas Tina. Kali ini tangannya mencapai antiseptik. Zulaikha terjerit kecil bila antiseptik itu menyentuh lukanya. Memanglah pedih!
"Tahan sikit ya Zula. Pedih sikit saja ni, pedih lagi tau kalau hantaran you mengurang sebab parut ni tak hilang. Hahaha." Tina gelak dengan lawak sendiri. Zulaikha ketawa kecil dengan mata yang masih terpejam dan hati yang masih kecut.
"Okey, done! Jom kita pergi makan. I dah lapar sangat ni." Tina menurunkan baju Zulaikha dan tangannya lincah mengemas kembali peti pertolongan cemas.
"You pergilah makan Tina. I rasa letih sangat, nak tidur..." tangannya sudah mencapai beg Karrimor untuk dijadikan alas kepala.
"Eh, jangan macam ni Zula. You mesti lapar kan? Makanlah dulu. Nanti perut you masuk angin," pujuk Tina.
"Tak nak. I tak ada daya ni. Mata I dah berat sangat. Kalau dia orang tanya, cakap saja I dah tidur and tak nak makan k..." Tanpa menunggu ayat Tina yang seterusnya, tubuhnya terus direbahkan dan matanya dipejamkan. Sebelah tangannya diletakkan di dahi. Sungguh, dia rasa tidak sedap badan, rasa nak demam, rasa sengal-sengal, dan bermacam-macam lagi rasa. Dia harap bila sedar nanti, dia sudah ada di atas katil hostel. Tina menggeleng dan terus sahaja keluar dan menarik zip khemah.
"Kau tahu kan, kalau aku suruh dia makan, mungkin aku akan suruh dengan kaki." Serius suara Luqman. Sama serius dengan wajah dia kini. Mengada-ngada sungguh si Zulaikha baginya.
"Biarlah dia rehat dulu Luq. Lagipun mungkin betul dia tak lapar." Mendatar Faiz menjawab sambil tangannya menyuap nasi ke dalam mulut.
"Last, kita cuma edarkan roti saja Faiz. Logiknya kalau dia patut makan sekarang. Kau nak aku pergi atau kau yang pergi?" Sengaja Luqman mengangkat kening sebelah.
"Kejap lagi aku pergi okey." Cepat Faiz menegah. Dia rasa kasihan pada Zulaikha yang asyik kena marah sahaja. Memang gadis itu layak dimarah, tapi bukan dia seorang sahaja yang patut dimarah.
"Ehem, macam dia cakap tadi, Aisyah yang bagi suggestion dia turun bawah. Kau tak rasa musykil ke dengan Aisyah tu?" Sengaja dia membangkitkan hal itu. Bukan dia tak nampak pandangan tak puas hati Aisyah kepada Zulaikha semasa Luqman merawat kaki Zulaikha. Dia sangat perasan. Lagipun ramai yang sedia maklum, Aisyah punya hati pada Luqman. Cuma Luqman sahaja tidak menunjukkan minatnya.
"Biar aku uruskan Aisyah," pendek.
"Adil sikit Luq. Jangan salahkan sebelah pihak saja..."
"Kau ni kenapa Faiz? Kau ada hati dengan diva tu ke?" Ada sengihan di hujung bibir Luqman.
"Gila kau! Aku cakap apa yang betul saja. Dahlah, malas aku nak layan kau Luq. Aku pergi khemah si Zula Zuli tu dulu." Faiz sudah pun melangkah pergi. Bukan menafikan perasaannya, tapi dia memang tiada apa-apa perasaan pada Zulaikha. Kenal sangat pun tidak.
"You should not to do that even if you hate her so much, Aisyah." Dingin suara yang menyapanya dari belakang. Kelam-kabut Aisyah bangun dan memusingkan tubuhnya menghadap lelaki yang serius di hadapannya kini.
"Apa yang awak cakap ni Luq?" Sambil tersenyum menutup resah yang bertandang dalam hati.
"Kau tahu kan, kau mungkin sahaja boleh hilang jawatan dalam MPP kalau kau buat onar, tambah-tambah dengan junior dan dalam hutan pula tu..." Bersahaja dengan nada yang sama.
"Saya tak faham. Onar apa ni? Junior mana?" Masih pura-pura tak faham. Namun jantungnya berdegup kencang. Dia dah dapat tangkap apa yang Luqman nak cakap.
"Kau yang bagi cadangan pada Zulaikha kan untuk turun bawah? Aisyah, aku fikir kau akan bertindak rasional walaupun tengah marah, tapi kau tak..." Sedikit kecewa suara itu.
"Awak percaya cakap dia? Bila masa saya suruh buat tu semua? Awak ada bukti ke Luq? She is a liar!" Tak puas hati bila Luqman menyebelahi Zulaikha.
"Aku dengar tadi Aisyah, kau yang cakap kat Zulaikha yang view kat bawah tu cantik. Kau benarkan dia turun bawah. Aku dengar perbualan kau dengan dia..." Nazira mencelah. Sungguh, dia dengar dengan jelas perbualan Aisyah dan Zulaikha di atas puncak. Cuma masa tu, dia nak tengok sejauh mana Aisyah nak menganiaya Zulaikha.
"Kau jangan masuk campurlah Zira!" marah Aisyah kuat. Bengang dengan situasi sekarang.
"So, Aisyah. Dah terbukti kan? This is my last warning, kalau esok kau cari pasal dengan mana-mana junior, aku tak teragak-agak buat report pada pihak atasan. Be professional sikit Aisyah. Kat sini bukan gelanggang nak tunjuk kuasa siapa yang hebat. Ingat, ni hutan bukan taman permainan!" Satu jelingan maut diberikan sebelum Luqman berlalu pergi diiringi Nazira. Aisyah menggigit bibir menahan marah. Nafasnya berombak kuat tanda dia sangat marah!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen4U.Com