Chào các bạn! Truyen4U chính thức đã quay trở lại rồi đây!^^. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền Truyen4U.Com này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

Luqman sudah mengambil tempat di tengah-tengah pentas. Dia duduk di atas kerusi tinggi sambil memegang gitar bass. Aidil pula berdiri di bahagian kanan pentas dengan gitar elektrik yang memang sudah disediakan.

Muaz mengambil tempat di keyboard dan Faiz sudah pun memusing-musingkan stik drum. Lagak profesional. Kalau tengok pada susunan, macam boleh agak siapa vokalis utama.

"Hi guys. We are volunteers from ARC Club. We will sing a song from Hanson - I will come to you and N'sync - It's gonna be me. Hope all of you will enjoy it." Mukadimah yang biasa-biasa dari Faiz. Luqman hanya tersenyum penuh manis kepada penonton. Ramai gadis-gadis menjerit. Maklumlah, kumpulan lelaki ni boleh dikategorikan kumpulan lelaki hot.

"Baru I perasanlah muka Abang Luqman tu macam siapa. Lama duk I fikir muka dia macam familiar, tapi tak ingat kat mana I pernah jumpa," gumam Pia sambil matanya tak berkelip merenung Luqman dari mejanya yang tidak jauh dari pentas.

"Macam siapa? Macam sedara you ke Pia?" usik Juli. Pia menjeling manja pada Juli.

"Muka dia macam Ben Barnes versi serius. Baru I perasan."

"Siapa?" Serentak Juli, Tina dan Elly menyoal kembali.

"Tak apalah... I rasa kau orang tak familiar pun. Nanti, nantilah I tunjuk kat kau orang. Tapi yang I musykilnya mana si Zula ni?" Sambil kali ini matanya melilau mencari kelibat Zulaikha. Masing-masing terdiam bila gitar dipetik. Lampu dimalapkan. Menghadirkan suasana yang sedikit romantik. Lagilah gedik para wanita menjerit.

Matanya menangkap susuk tubuh Zulaikha yang sedang tersenyum pada rakan-rakannya. Namun mata mereka bertentang seketika saat gadis itu ingin melabuhkan punggung. Sesaat, dua saat, tiga saat... Ada sesuatu menjentik hatinya. Abaikan!

"Not bad." Zulaikha mencebik pada persembahan itu.

"Sounds good. Tapi lagu tu tak familiar. Wajib Google ni. I terjatuh cinta pula," balas Pia penuh teruja.

"Terjatuh cinta dengan lagu tu ke atau dengan Ben Barney tu?" Kening Tina diangkat dua kali.

"Ishhh, Ben Barnes okey. Barney tu gemuk, tak sesuai langsunglah!" Sambil meletakkan tangan di atas bahu dan mata dijulingkan ke atas.

"Siapa Ben Barnes tu Pia? Kau orang ada keep secret dari I ke?" Muka Zulaikha tak puas hati. Nampak jelas walaupun lampu masih malap.

"Pia kata muka Abang Luqman tu iras Ben Barnes. Kita orang pun tak kenallah siapa Ben Barnes tu. You tak payah ambil serius sangatlah Zula. Macam you tak kenal Pia dan mata keranjangnya," jelas Elly sambil ketawa kecil.

Pia menjegilkan biji matanya pada Elly. Seisi dewan kini terdiam kembali termasuk Zulaikha bila muzik berkumandang. Fokus. Zulaikha menarik nafas dalam-dalam. Entah kenapa dia rasa tercabar pula dengan lelaki yang sudah masuk dalam senarai orang yang tidak disukainya.

Seisi dewan menjerit kesukaan. Rata-ratanya berdiri dan menepuk tangan tanda sokongan. Zulaikha hanya memeluk tubuh sambil mencebik.

"Tak puas hatilah tu?" Juli bersuara.

"Bukan tak puas hati, I meluat saja dengan perempuan yang menjerit-jerit macam histeria tu."

"Tadi Abang Faiz pun jerit macam histeria masa you nyanyi." Juli cuba menarik perhatian Zulaikha.

"Serius eh?" Tak percaya.

"Seriuslah. I nampak dengan mata I okey. Bukan main dia support you tau. You all ada apa-apa ke yang sorok dengan kita orang Zula?" Sengaja Juli mengusik.

"Ishhh, mana ada. I kenal dia sangat pun tak. Lagipun, dia bukan jerit untuk I seorang. Kan kita yang perform sama-sama tadi. You sengaja kan usik I. Macamlah I tak kenal you tu Juli. Mengusik nombor satu!" Sempat dia menjelirkan lidah kepada Juli yang sudah ketawa kecil.

Entah kali ke berapa dia menguap. Perut sudah kenyang, mata pula semakin memberat. Bilalah nak habis program ni. Matanya dah berair. Puas diseka. Ini bukan kekurangan oksigen, tapi memang dia mengantuk sangat hingga tak ambil pusing siapa yang tengah perform atas pentas. Dia menopang dagu atas meja. Matanya semakin layu.

"And my second song I dedicate it to Zulaikha Zulkifli. I hope you will like it..." Sebaris ayat yang membuat matanya yang tadi hampir terpejam jadi terbuka luas. Duduknya tegak. Rasanya dia tak salah dengar. Dia memandang sekelilingnya, dan mata mereka yang ada turut memandangnya.

Dia merenung pula wajah Amal yang entah dari bila duduk di atas pentas itu. Nampak sangat dia mamai. Tapi kini, kulit wajahnya terasa sebal.

Dia rasa malu yang amat. Ini bukan sesi confessionlah! Berkali-kali dia menelan liur. Kawan-kawan semeja masing-masing tersengih bagai kerang busuk.

Geram rasanya. Kalau ikut hati, nak sahaja dia bangun dan keluar dari dewan, tapi dia masih ada hati perut untuk tidak memalukan Amal. Maka dia menundukkan wajah yang kelat rasanya kini, dan semakin kelat bila petikan gitar secara unplug bermula.

"What would I do without your smart mouth?"

Zulaikha mencebik. Rasa nak muntah pun ada. Tangannya menutup bibir.

"Drawing me in, and you kicking me out."

Memang rasa nak tendang saja Amal tu rasanya sekarang ni!

"You' ve got my head spinning, no kidding, I can't pin you down."

"Bukan main romantik si nerd tu. Tak sangka aku macam ni. Aku ingat dia tu bukan stok mengayat macam ni. Rupanya lagi berani weh! Siap mention nama diva tu lagi haa... Kembang kempislah perempuan tu," kutuk Aidil.

Serentak mata mereka menuju ke arah meja Zulaikha. Luqman merenung tajam wajah yang sedang menunduk itu. Memang dia duduk bertentangan dengan Zulaikha walaupun meja mereka terpisah antara tiga buah meja. Namun masih jelas wajah Zulaikha pada pandangannya. Patutlah dia nampak Amal dan Zulaikha di klinik. No wonder, rupanya couple.

"Malang betul Amal tu dapat dia..." Tanpa sengaja ayat itu sampai ke telinga Faiz.

"Zula tu okey what? Cantik dan berbakat. Sesuai sangat dengan Amal tu." Bela Faiz sambil matanya fokus pada pentas.

"Cause all of me... Loves all of you. Love your curves and all your edges."

What? Pervert ke apa ni? Cepat-cepat dia menutup tubuhnya dengan kot.

Mata Luqman memang tak lepas memerhati reaksi Zulaikha. Entah kenapa dia rasa perempuan tu rimas. Rimas dengan Amal. 'Maknanya dia orang bukan couple ke macam mana?' monolog Luqman sendiri.

Zulaikha menggaru batang hidung yang tak gatal. Dia masih menunduk kerana dia rasa ada banyak mata yang sedang menunggu reaksinya. Dia rasa marah dengan Amal.

Benda ni sepatutnya tak boleh berlaku. Dia menggigit bibir. Terasa tangannya digenggam perlahan. Zulaikha menoleh kepada Juli.

"Relax okey. I faham apa yang you rasa," pujuk Juli. Zulaikha tersenyum tawar tanpa gula.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen4U.Com