♦ SETUJU
Anda ingin pulang ke rumah anda semula. Tempat asal anda. Anda tidak mahu lagi berada di Ghais Lavanark Dunia ini merumitkan. Anda bersendirian. Anda tidak mempunyai tempat tinggal. Anda tiada tempat untuk bergantung. Oleh itu, anda ingin pulang.
Anda mengangguk perlahan.
"Ya, saya nak pulang."
Ini mungkin satu-satunya peluang yang anda ada untuk pulang. Sekiranya anda berlengah dan menangguh mungkin peluang ini akan lenyap.
René kemudian tersenyum. Dia berundur beberapa tapak ke belakang.
"Kau telah membuat satu pilihan yang bijak."
Jarinya dipetik.
Satu medan sihir terbentuk di bawah tempat anda berdiri. Cahayanya semakin lama semakin terang. Angin yang tenang mula mengelilingi kawasan anda berdiri.
René berada beberapa langkah jauh dari anda. Tidak mahu memijak pada lambang medan sihir di mana anda berdiri.
"Ambik ni."
René melontarkan sebilah pisau pada anda dan ianya terjatuh betul-betul di hujung kaki anda.
Cantik ukiran pisau tersebut.
Perlahan-lahan anda membongkok dan mengambil pisau tersebut, menanti arahan daripada René.
"Titiskan darah kau pada atas medan sihir."
René memberi arahan.
Anda mengangguk. Perlahan-lahan anda melukakan jari anda dengan menggunakan pisau tersebut.
Pedih mula terasa. Darah anda mengalir dan menitis di atas medan sihir.
Serta-merta tubuh anda menjadi bercahaya. Pandangan mata anda pula tiba-tiba menjadi kabur. Rasa mengantuk mula menguasai minda anda.
Perlahan-lahan pandangan mata anda menjadi gelap.
Lenyap.
Minda anda tiba-tiba bagaikan terpadam.
♦
Anda membuka mata anda. Terkebil-kebil. Anda kini berada di dalam kamar tidur anda. Kamar tidur sebenar anda. Yang gelap dan sunyi. Kediaman anda sendiri.
Dunia Ghais Lavanark.
Anda tiba-tiba teringat tentang dunia tersebut.
Anda tertanya-tanya. Adakah saat yang anda lalui tadi adalah sekadar mimpi? Adakah dunia Ghais Lavanark wujud?
Tidak mungkin. Pasti ia adalah sekadar mimpi. Paling tidak pun sekadar sebuah kisah yang dikarang di dalam buku. Buku pun tak wujud. Kalau setakat dalam aplikasi wattpad adalah.
Tangan anda meraba-raba bawah bantal. Ingin mencari telefon pintar anda. Eh? Anda tercapai sesuatu. Sesuatu di bawah bantal anda.
Sebilah pisau? Pisau yang cantik ukirannya. Pisau yang diberikan oleh... lelaki dari alam mimpi tadi. Siapa nama dia? René? Sekejap. Sekarang anda keliru.
Tadi adalah mimpi?
Atau sebenarnya anda benar-benar telah pergi ke Ghais Lavanark?
Tak mungkin.
Tak. Jangan merepek!
Hakikat yang sebenarnya anda ternyata hanya sekadar membaca.
Membaca sebuah cerita yang dikarang dan direka oleh seorang manusia biasa.
Membaca... Ya, membaca. Hanya membaca semata.
Kini anda sedar akan sesuatu.
Membaca adalah salah satunya cara anda mampu menimba pengalaman beribu-ribu langkah tanpa berjalan.
Tapi kalau anda terasa nak kembali ke Ghais Lavanark lagi macam mana?
Tak apa jangan risau!
Teruskan membaca!
-TAMAT-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen4U.Com