Chào các bạn! Truyen4U chính thức đã quay trở lại rồi đây!^^. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền Truyen4U.Com này nhé! Mãi yêu... ♥

➜ 005

Selepas kejadian di belakang gimnasium, Heeseung cuba mengelak daripada Yerin. Tetapi Yerin bukan jenis yang mudah menyerah.

Keesokan harinya, Heeseung menjumpai satu kotak susu coklat dan sekeping sticky note di bawah mejanya.

"You're not an echo. Awak adalah suara yang berhak didengari. Jangan lupa makan." — Y


Heeseung memandang nota itu lama. Jarinya menyentuh tulisan tangan Yerin. Ada satu rasa asing yang menjalar di hatinya— sesuatu yang dia sudah lama lupakan. Rasa dipedulikan.

Sepanjang minggu itu, Yerin tidak berhenti. Kadang-kadang dia tinggalkan coklat, kadang-kadang dia cuma duduk di sebelah Heeseung semasa rehat tanpa cakap apa-apa. Dia cuma mahu Heeseung tahu yang dia tidak bersendirian.

Satu petang, semasa hujan lebat, Heeseung terpaksa menunggu di perhentian bas sekolah. Dia menggigil, bukan kerana sejuk, tetapi kerana dia takut nak balik rumah. Dia tahu ayahnya sedang menunggu untuk melepaskan geram lagi.

Tiba-tiba, ada satu payung kuning muncul di atas kepalanya.

"Jom, saya hantar awak balik." Kata Yerin dengan senyuman lembut.

Heeseung memandang Yerin. "Yerin ... saya tak nak balik."

Suara Heeseung pecah. Dia dah tak larat nak berlakon kuat. Yerin perlahan-lahan menggenggam tangan Heeseung— tangan yang penuh dengan kesan parut itu.

"Kalau macam tu, kita jangan balik lagi. Kita pergi tempat lain. Tempat yang tak ada suara maki hamun tu." Ajak Yerin.

Buat pertama kalinya dalam hidupnya, Heeseung rasa gema di dalam kepalanya berhenti seketika. Digantikan dengan bunyi rintik hujan dan detak jantungnya sendiri yang mula rasa ... hidup.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen4U.Com