Chào các bạn! Truyen4U chính thức đã quay trở lại rồi đây!^^. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền Truyen4U.Com này nhé! Mãi yêu... ♥

➜ 007

Heeseung sampai di rumah dengan basah lencun. Sebaik masuk, dia fikir ayahnya akan menerkam, tetapi keadaan di rumah sunyi. Dia memandang adiknya yang sedang duduk di meja makan, membelek markah peperiksaan yang cemerlang.

"Abang dari mana?" Tanya adiknya dingin. Matanya tak memandang Heeseung.

"Abang ... ada hal sikit tadi." Jawab Heeseung lemah sambil cuba memegang dinding untuk naik ke atas. Badannya sudah menggigil akibat demam dan sakit lebam semalam.

Adiknya bangun, lalu menghalang laluan Heeseung. "Sebab abang, ayah mengamuk lagi tadi. Ayah cakap kalau abang terus macam ni, aku pun akan jadi sampah macam abang."

Heeseung terkaku. "Abang minta maaf ..."

Abang tahu tak apa yang paling aku benci?" Adiknya merentap lengan baju Heeseung, menampakkan lebam-lebam yang sudah mula membiru gelap.

"Aku benci tengok abang jadi mangsa. Abang lemah. Patutlah ayah benci abang. Abang cuma buat malu keluarga kita je."

Heeseung memandang adiknya dengan pandangan yang hancur. Dia mengharapkan simpati, tetapi dia cuma mendapat kebencian yang sama macam ayahnya.

"Kau pun ... rasa abang patut tak ada ke?" Tanya Heeseung, suaranya hampir tak kedengaran.

"Kalau abang tak ada, mungkin rumah ni akan tenang." Jawab adiknya kejam sebelum melangkah masuk ke bilik dan menghempas pintu.

Heeseung berdiri kaku di tangga yang gelap. Kata-kata adiknya tadi adalah gema yang paling kuat setakat ini. la mematikan sisa-sisa harapan yang Yerin beri petang tadi. Dia masuk ke biliknya, mengunci pintu, dan memandang cermin.

Dia memandang dirinya— seorang lelaki yang tidak diinginkan oleh sesiapa pun. Malah oleh darah dagingnya sendiri.

Dia mengambil sehelai kertas kosong. Tangannya sudah tidak menggigil lagi. Dia amat tenang sekarang.

Ketenangan yang sangat menakutkan.

"Yerin... maafkan saya." Bisiknya perlahan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen4U.Com