Chào các bạn! Truyen4U chính thức đã quay trở lại rồi đây!^^. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền Truyen4U.Com này nhé! Mãi yêu... ♥
Bius Cinta Dari Ardul Kinanah

Bius Cinta Dari Ardul Kinanah

41,102 970 15

Tajuk: Bius Cinta Dari Ardul KinanahPenulis: AzraqPenerbit: Penulisan2uISBN: 978-967-0567-81-5Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak)Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni"Aku sentuh hang pun dak lagi hang dah tuduh aku nak rogol hang. Kalau aku tau macam ni jadinya, aku takkan tolong hang dari cengkaman lelaki-lelaki jahat tadi. Biar depa yang rogol hang betul-betul. Itu yang hang nak sangat kan, perempuan murahan!” – Haris NaimFitnah yang dilemparkan kepada Haris Naim atas tuduhan mahu merogol rakan sekolahnya telah menjadi tragedi ngeri dalam hidupnya. Sejak itu, dia mula membenci kaum hawa dan tekad mahu menutup pintu hatinya kepada kaum tersebut. Sehinggalah suatu hari dia tiba-tiba terpaku melihat gadis bermata biru dihadapannya yang secara tidak sengaja terlanggarnya di matrikulasi.“Woi, apa tengok-tengok? Nak tengok lebih-lebih kena bayar tau! Dah la langgar orang, lepas tu buat dek aje. Tak reti nak minta maaf ke?” - Sham Izwani“Amboi, minah ni! Muka aje lawa tapi budi bahasa kosong.”- Haris Naim“Apa kosong-kosong? Ingat Najwa Latif ke?”- Sham Izwani Dalam tidak sedar, hati Haris terpaut namun itulah kali pertama dan terakhir dia bertemu dengan gadis itu di matrikulasi sebelum dia berhenti belajar di situ dan menyambung pelajarannya ke Mesir. Di sana, dia memegang prinsip agar tidak akan jatuh hati dengan perempuan sehinggalah dia didatangi mimpi aneh yang mengganggu hidupnya.“Ya zauji... Ya zauji... Ya zauji...”Sejak itu, hidup Haris Naim tidak tenang sehinggalah dia pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semester. Prinsipnya yang dipegang selama ini mula goyah apabila perempuan yang sering mengganggu tidurnya selama ini muncul di depan mata.…

Kerana Dia Manusia Biasa- Wan Nur Najihah

Kerana Dia Manusia Biasa- Wan Nur Najihah

299,995 1,755 15

Tajuk: Kerana Dia Manusia BiasaPenulis: Wan Nur NajihahPenerbit: Penulisan2uISBN: 978-967-0567-80-8Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & SarawakDiskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi KaryaseniDisebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.“Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balasDalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.…

The Greatest Of Destiny

The Greatest Of Destiny

44,144 665 15

Tajuk: The Greatest Of Destiny!Penulis: Al-WahyuPenerbit: KaryaseniISBN: 978-967-0890-53-1Harga: RM26 (Semenanjung) // RM29 (Sabah & Sarawak)Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi KaryaseniALISA ZAHIRA ialah gadis beauty with brain! Dia terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Asyraf Kamil pada saat-saat akhir gara-gara perkara aib yang menimpa lelaki itu.“Awak jangan tertipu, Alisa! Saya memang tidak kenal langsung dengan perempuan tu! Saya diperangkap!” - ASYRAF KAMIL“Soal siapa perangkap siapa, buat masa ini tidak penting, Asyraf! Ya! Saya boleh terima yang awak nak cakap perempuan itu perangkap awak! Tapi suka atau tidak, perempuan tu telah mengandungkan anak awak! Benih awak, Asyraf! Awak bapa kepada anak itu!” - ALISA ZAHIRAAlisa Zahira akhirnya terpaksa akur dengan suratan takdir. Dia bersetuju untuk mengahwini lelaki bernama Nasih Mikael bagi menutup malu keluarganya akibat perkahwinan yang tidak jadi itu. Nasih Mikael? Lelaki itulah yang pernah menolak cintanya di bumi Melbourne dulu. Kini lelaki itu muncul menagih cintanya kembali. Dan kemunculannya tepat pada masanya.“Awak ni memang tak pernah kenal sifat putus asa, ya?” - ALISA ZAHIRA“Perkataan putus asa tidak pernah ada dalam kamus hidup saya.” - NASIH MIKAEL“Oh! Really? Kat kedai mana awak beli ‘kamus’ tu?” - ALISA ZAHIRATatkala mereka mula merasai kebahagiaan itu, Alisa Zahira mula menghilangkan dirinya apabila mengetahui ada rahsia yang tersimpan rapi di sebalik perkahwinannya. Rahsia yang menyebabkan dia membatalkan perkahwinannya dengan bekas tunangnya dulu.…

Jadikan Aku Yang Kedua

Jadikan Aku Yang Kedua

87,859 1,166 15

Tajuk: Jadikan Aku Yang KeduaPenulis: Siti KhadijahPenerbit: KaryaseniISBN: 978-967-0890-54-8Harga: RM30 (Semenanjung) // RM33 (Sabah & Sarawak)Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni“Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD.Pertemuan pertama antara Nuha Saqeena dan Thaqif Aswad menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar melupakan memosi silam ketika bersama si isteri yang sudah lama pergi. Cinta buat isteri yang sudah tiada sentiasa mekar dalam hati telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yang baharu. Kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembar yang telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri buat permata hati dan bukannya untuk cinta sendiri yang masih belum terbuka untuk diganti.…

Cinta Paling Agung

Cinta Paling Agung

37,084 612 15

Tajuk: Cinta Paling AgungPenulis: Umie NadzimahPenerbit: KaryaseniISBN: 978-967-0890-55-5Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak)Diskaun : RM3Postage : PercumaCara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni---AKU TERIMA NIKAHNYA, bukan sekadar janji kepada si dia dan ibu bapanya, tetapi ikrar kepada Tuhan untuk jaga si dia dunia dan akhirat. Janji Khairi pada malam pertama, Amyza la wanita terakhir untuknya. Rumah tangga mereka tersangat indah pada awal perkahwinan.Amyza cantik, seksi dan merupakan isteri kebanggaannya. Khairi pula seorang yang kacak, bergaya dan berwang. Mereka punya anak yang comel dan bijak. Heaven! Semua orang cemburu… Entah apa silapnya, pada ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan, segalanya berubah. Tiada lagi syurga rumah tangga. Khairi sudah berpaling tadah. Katanya dia sudah bertemu bidadari suci yang mengisi ruang hati dan bidadari yang boleh bawa dia ke taman syurga yang sebenar. Lalu Amyza akan disingkirkan.“Kenapa abang? Kenapa?” - AMYZA “Abang bukan miang, Myza. Abang cuma rasa yang abang ni sudah tidak ada perasaan cinta lagi kepada Myza. Hari-hari rasa kosong!” - KHAIRI Amyza nanar. Berpisah itu bukan kehendaknya kerana dia terlalu mencintai si suami. Segala usaha telah dilakukan, Khairi tetap tidak berubah.Betulkah perasaan Khairi telah tiada untuknya? “Sebelum berpisah, abang kena ikut syarat-syarat Myza…” tegas Amyza. “Whatever…” balas Khairi selamba. Hati menyumpah! Tak kuasa untuk ulangi semula momen malam pengantin mereka.Semuanya sudah hambar. Pada saat genting akhirnya, Amyza mendapat idea baru untuk pulihkan hubungan. Ternyata ia membawa cahaya pada rumah tangga mereka.Tetapi mampukan idea itu mengembalikan perasaan cinta Khairi kepada Amyza? Bagaimana pula dengan bidadari sucinya? Temui segala jawapan dalam Cinta Paling Agung. Sesungguhnya cinta kepada Dia harus melebihi segalanya...…