Cinta Rania (Bonus Bab Awal)
Sejak kecil, Nur Rania dan Ibrahim Hakimi membesar di bawah satu bumbung. Dipisahkan darah, tetapi disatukan atas nama sebuah keluarga.Ibrahim ialah seseorang yang sentiasa ada. Melindungi, mengambil berat dan hadir dalam setiap fasa kehidupan Rania. Namun, tanpa disedari, kasih yang selama ini dianggap sebagai kasih seorang adik kepada abang perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam.Dia cuba melupakan. Cuba menjauh. Namun, setiap kali mendengar suara garau Ibrahim, hati Rania kembali ditawan dalam penjara kasihnya.Sehinggalah satu salah faham yang membuatkan Ibrahim menjauh."Faham?" - Ibrahim Hakimi"Faham?" - Rania"Iya, fahamlah... Nia tak suka Abang Ib call." - Ibrahim Hakimi"Bukan macam tu..."Namun, penjelasan Rania tidak mampu menghalang Ibrahim daripada menjauh.Sejak itu, tiada lagi panggilan telefon daripadanya. Tiada lagi kiriman mesej seperti selalu. Kalau ada pun, balasannya lambat dan ringkas. Barulah Rania sedar betapa hadirnya lelaki itu telah menjadi sebahagian daripada hidupnya.Hatiku jadi libang-libu. Tidak keruan rasa. Beginilah rasanya kehilangan seseorang yang tidak pernah pun menjadi milikku. - RaniaRania cuba memujuk hati bahawa mungkin sudah tiba masanya untuk melupakan Ibrahim.Tetapi bagaimana mahu melupakan seseorang yang sejak kecil tidak pernah berhenti menjadi tempat hatinya pulang? Dan bagaimana pula jika segala perhatian, gurauan dan kata-kata Ibrahim selama ini sebenarnya menyimpan makna yang Rania tidak pernah berani tafsirkan?Lalu fikiran Rania melayang kepada persoalan Ibrahim beberapa tahun lepas."Kita bukan adik-beradik, kan?"…



















