➜ 009
Sudah tiga hari Heeseung hilang tanpa khabar berita. Ayahnya langsung tidak peduli, malah sudah mula mengemas bilik Heeseung untuk dijadikan stor.
Yerin hampir gila mencari. Dia sudah pergi ke setiap pelosok bandar, hinggalah dia teringat tentang sebuah tapak pembinaan bangunan tinggi yang terbengkalai di pinggir bandar— tempat yang Heeseung pernah tunjuk dari jauh semasa mereka dalam bas dulu.
"Kat sana mesti sunyi kan, Yerin? Tak ada suara manusia. Cuma ada angin."
Yerin nekad ke sana. Dia memanjat pagar zink yang sudah berkarat dan mendaki tangga simen yang kasar tanpa dinding penghadang.
Setiap tingkat dia memanggil nama Heeseung, tetapi yang menyahut hanyalah gema suaranya sendiri.
Hinggalah dia sampai ke tingkat paling atas.
Heeseung!" jerit Yerin, suaranya pecah.
Heeseung berpaling perlahan. Wajahnya sangat cengkung, matanya terbenam ke dalam, dan kulitnya pucat seakan kertas. Dia terlihat sangat rapuh, seolah-olah ditiup angin sedikit pun akan hancur.
"Yerin ... awak datang lagi." Bisiknya. Suaranya kering, tak bermaya.
"Kenapa kat sini? Jom balik, Heeseung. Saya dah cari jalan keluar untuk awak. Kita lapor polis, kita keluar dari rumah tu!" Yerin cuba melangkah mendekat, tapi Heeseung segera mengangkat tangannya, memberi isyarat supaya berhenti.
"Tak ada jalan keluar, Yerin. Ke mana pun saya pergi, suara mereka ... semuanya ada kat sini." Heeseung menunjuk ke arah kepalanya.
"Bangunan ni kosong, tapi dalam kepala saya bising sangat. Suara tu makin kuat setiap kali saya cuba nak bernafas."
Heeseung berdiri di tepi tebing simen yang sempit itu. Dia memejamkan mata, membiarkan angin kencang menerpa tubuhnya yang kurus.
"Saya dah cuba, Yerin. Saya dah cuba bertahan demi awak. Tapi saya penat. Saya penat jadi gema yang tak pernah didengar oleh sesiapa pun."
Yerin menangis teresak-esak, tangannya menggigil mahu menggapai Heeseung. "Awak bukan gema yang tak didengari, Heeseung! Saya ada untuk awak!"
Heeseung tersenyum sedih. "Terima kasih, Yerin. Sebab sudi mencintai sebuah gema yang memang sudah ditakdirkan untuk menghilang."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen4U.Com