Chào các bạn! Truyen4U chính thức đã quay trở lại rồi đây!^^. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền Truyen4U.Com này nhé! Mãi yêu... ♥

➜ 010

Angin malam menderu kuat, menerbangkan rambut Heeseung yang tidak terurus.

Yerin kaku di tempatnya, matanya tertancap pada tangan kanan Heeseung yang sedang menggenggam erat sebilah pisau lipat. Bilah besinya berkilat terkena cahaya bulan, kelihatan sejuk dan tajam.

"Heeseung ... tolong letak pisau tu." Rayu Yerin, suaranya hampir hilang ditelan angin.

Heeseung tidak menjawab. Dia perlahan-lahan menyingsing lengan baju sekolahnya yang putih dan kotor itu hingga ke siku.

Jantung Yerin seolah-olah berhenti berdegup. Di bawah cahaya bulan yang malap, dia melihat berpuluh-puluh torehan merah yang masih baru di sepanjang lengan Heeseung.

"Heeseung ... apa awak dah buat?" Yerin menutup mulutnya, air mata tumpah tak berhenti.

"Setiap kali suara tu datang, saya toreh satu garisan." Bisik Heeseung sambil memandang lengannya yang hancur.

"Saya ingat kalau saya bagi badan saya rasa sakit yang nyata, suara dalam kepala saya ni akan berhenti. Tapi saya silap, Yerin. Suara tu makin kuat."

Heeseung memandang Yerin dengan mata yang sudah tidak mempunyai sinar kehidupan.

"Suara ni ... dia nak seluruh diri saya."

Heeseung kemudian menghalakan hujung pisau itu tepat ke dadanya.

"Beritahu dunia... saya bukan budak sial. Saya cuma budak yang nak disayangi."

"HEESEUNG, JANGAN!"

Sebelum Yerin sempat mencapai tangannya, Heeseung memejamkan mata rapat. Dengan satu gerakan nekad, dia membiarkan tubuhnya rebah ke belakang— terjun dari birai simen itu ke arah kegelapan yang menanti di bawah.

Pisau lipat itu terlepas dari genggamannya, jatuh berdenting di atas simen, meninggalkan Yerin yang meraung sendirian di puncak bangunan.

"HEESEUNG!!!"

Yerin berlari ke tepi birai, melihat susuk tubuh itu hilang ditelan malam. Suasana tiba-tiba menjadi sangat sunyi. Tiada lagi suara maki hamun, tiada lagi tangisan, tiada lagi nafas yang sesak.

Suara itu ... gema itu ... akhirnya berhenti. Bukan kerana ia ditenangkan, tapi kerana tempat ia memantul sudah hancur berkeping-keping di atas tanah.

Di atas lantai simen itu, hanya tinggal sehelai nota kecil yang tertindih di bawah botol susu coklat yang sudah tamat tempohnya.

"Terima kasih, Yerin. Sekarang, biarkan kesunyian ini menjadi lagu tidur saya yang paling tenang."

END.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen4U.Com