Cukup Sempurna (Bonus Bab Awal)
Masa depan Hayera Talia musnah apabila kepercayaannya dipersiakan oleh lelaki yang pernah dia cintai, Ahmad Naufal. Pengkhianatan itu meranapkan maruahnya, menjerumuskan Talia ke dalam kegelapan yang tiada penghujung."Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan masa depan Lia, Fal?" - Hayera Talia Terperangkap dalam kisah remaja yang tragis, Hayera Talia menggalas segala rasa bersalah. Kehilangan seorang demi seorang yang dia sayangi membuatkan gadis itu berputus asa dan melupakan segala-galanya.Megat Raed Baihaqi, lelaki yang pada awalnya sekadar bayangan di wad hospital, akhirnya menjadi tempat Hayera Talia berpaut."Talia dah lama sukakan abang. Sejak pertama kali Talia nampak abang di hospital hari tu" - Hayera Talia."Abang dah tua tau. Talia tak kesah ke? - Megat Raed BaihaqiTapi ketika Talia mula percaya bahawa hidupnya boleh bermula semula, kisah silam yang cuba dia lupakan datang menuntut harga yang belum terbayar."Kau rasa kenapa Raed ambil kau sebagai isteri? Kau punya satu sebab untuk jadi milik Raed. Tapi kau punya banyak sebab untuk bahagia dengan aku sebab aku cinta pertama kau." - Ahmad Naufal Mahu tidak mahu, dia perlu juga berhadapan dengan masa lalu yang telah dia lupakan. Mungkin kisah mereka sudah berakhir... atau mungkin baru sahaja bermula, dalam cara yang tidak pernah sesiapa bayangkan.…



















